Bapa pelakon suara Upin & Ipin meninggal dunia

Azhar Ahmad

Ayah kepada pelakon suara Upin & Ipin, Asyiela Putri, Allahyarham Azhar Ahmad menghembuskan nafas terakhir akibat pelbagai komplikasi penyakit, jam 4 pagi tadi.

Pengarah Urusan Les' Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi berkata, Azhar sudah dikebumikan di Tanah Perkuburan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, pagi ini.

"Sekitar minggu lalu, arwah ada berkongsi mahu ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana rasa kurang sihat, bagaimanapun arwah ditahan dalam wad. Pada Sabtu lalu, saya ada menghantar mesej, arwah mengatakan sedang menjalani pemeriksaan Magnetic Resonance Imaging (MRI).

"Kemudiannya, saya diberitahu, arwah rebah atas kerusi roda dan separuh badannya tidak boleh bergerak dan berada dalam keadaan koma.
                    
"Keesokannya, arwah sedar tetapi sudah tidak mengenali orang. Semalam, saya diberitahu oleh isterinya, doktor mengatakan arwah disahkan menghidap kanser hati. Namun, hari ini, saya menerima berita arwah sudah tiada,"

Bagaimanapun, Burhanuddin berkata, dia tidak dapat mengesahkan punca arwah Azhar meninggal dunia berikutan beberapa komplikasi yang dihadapinya.

Katanya, dia juga tidak berkesempatan melawat berikutan situasi pandemik COVID-19.

"Saya mendoakan kesejahteraan arwah dan keluarga Asyiela Putri daripada kejauhan ini," katanya.

Terdahulu, berita pemergian arwah Azhar dimaklumkan menerusi laman sosial, Facebook dan Twitter Les Copaque.

"Ayah kepada Asyiela Putri, pelakon suara Upin & Ipin iaitu Azhar Ahmad kembali ke rahmatullah pada 4 pagi tadi.

"Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman dan dicucuri rahmat," tulisnya.

Mencipta sejarah, saluran YouTube milik studio animasi, Les' Copaque Production merekodkan 10 juta pelanggan sekali gus layak menerima Anugerah Diamond Play Button dari platform video berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu.

Les' Copaque Production yang cukup terkenal dengan animasi pasangan kembar, Upin & Ipin, muncul sebagai pengendali saluran YouTube pertama dari Malaysia mendapat pengiktirafan itu.

Berita gembira itu dikongsi Pengarah Urusan Les' Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi yang mengesahkan kejayaan merekodkan 10 juta pelanggan dicapai pada jam 2.06 petang, semalam.

"Ini suatu pencapaian yang luar biasa dan amat membanggakan apabila menjadi saluran YouTube pertama dari Malaysia yang mencecah 10 juta pelanggan

Sebelum ini, Les' Copaque Production menerima anugerah Silver Play Button untuk 100,000 pelanggan dan Anugerah Gold Play Button untuk sejuta pelanggan.

Saluran YouTube Les' Copaque mula dilancarkan pada 2009.

Burhanuddin berkata, difahamkan, sehingga Februari lalu, 566 saluran YouTube di seluruh dunia merekodkan 10 juta pelanggan.

"Saluran YouTube kami memaparkan pelbagai produk seperti Upin & Ipin, Puteri, Pada Zaman Dahulu, DaDuDiDo dan terkini, Upin & Ipin The Helping Heroes yang mendapat tontonan lebih dua juta," katanya.

Burhanuddin berkata, setakat ini, saluran Les' Copaque Production merekodkan lebih empat bilion tontonan.

"Pencapaian ini sangat luar biasa. Kami mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyokong sejak sekian lama.

"Syabas kepada unit produksi Les' Copaque Production yang berjaya menghasilkan karya bermutu dan diminati ramai," katanya.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Baclink Negeri Indah Satu

Danial suka nyanyi lagu perempuan

Tak Mempan godaan gadis cantik