Postingan

Menampilkan postingan dari Januari, 2021

Nad Zainal elak karya seram

Gambar
Nad Zainal Biarpun gemar menonton cerita hantu, pelakon, Nad Zainal, seboleh-bolehnya cuba mengelak daripada menerima tawaran membintangi karya bercorak seram. Begitupun, Nad atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin, 28, berkata dia mungkin menimbangkan tawaran sedemikian andai membantu perkembangan kerjaya seninya. Kata Pelakon Wanita Terbaik Drama, Anugerah Skrin 2018 itu, dia turut menitikberatkan statusnya sebagai isteri dan ibu bagi memastikan projek lakonan yang diterima tidak memberikan impak negatif terhadap keluarga. “Saya gemar menonton filem hantu, namun tidak berani untuk berlakon dalam naskhah bercorak seram. Alhamdulillah, sehingga kini saya belum berdepan sebarang pengalaman menakutkan. Cuma, saya pernah mendengar pengalaman orang lain ketika penggambaran filem, Kami Histeria, beberapa tahun lalu. “Kalau boleh, memang saya cuba elakkan diri daripada naskhah sebegitu kerana mempunyai anak kecil. Saya tidak mahu sebarang anasir negatif mengganggu kami. “Apa pun, apabil

Mak Jah gadai barang kemas untuk rawat kanser

Gambar
Mak jah Pelakon veteran, Maimunah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mak Jah, 71, terpaksa menggadai barang kemas untuk membiayai rawatan apabila disahkan menghidap kanser rahim tahap satu, tiga tahun lalu. Mak Jah berkata, ketika itu, dia tidak mempunyai pilihan lain kerana memerlukan wang untuk menampung kos rawatan yang menelan puluhan ribu ringgit. “Barang kemas boleh dicari, tetapi nyawa tiada galang ganti. Selagi boleh berusaha, saya tidak mengalah untuk bebaskan diri daripada penyakit itu. “Sehingga hari ini, saya tidak mampu menebus barang kemas yang dibeli dengan hasil titik peluh bekerja sebagai anak seni. “Tidak mengapa kerana saya baru bangkit dan mula bekerja selepas dua tahun kurang mendapat tawaran berlakon. Alhamdulillah, saya sudah sihat sepenuhnya dan boleh bekerja seperti dahulu," katanya. Dramatis yang terkenal dengan watak antagonis itu berkata, ketika disahkan menghidap penyakit itu, dia berdepan kemurungan selama enam bulan. Dia berkurung dan menjauhkan diri

Hadiah Dari Tuhan buka laluan Izreen aktif semula

Gambar
Izreen Azminda Pelakon, Izreen Azminda, 35, kembali aktif berlakon selepas menerima tawaran membintangi drama, Hadiah Dari Tuhan. Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Mohd Aznam berkata, drama Hadiah Dari Tuhan umpama laluan untuknya aktif semula, tahun ini. "Syukur, saya mendapat rezeki berlakon dalam drama Hadiah Dari Tuhan sejak penghujung tahun lalu. Saya akui, banyak tawaran mula masuk sejak itu. "Insya-Allah, drama ini bukan yang terakhir, kerana selagi orang nak saya berlakon, saya akan terus berlakon Izreen yang pernah popular menerusi drama Kerana Terpaksa Aku Relakan itu ditemubual menerusi sidang media drama Hadiah Dari Tuhan secara virtual, petang ini. Drama 13 episod itu diarahkan oleh Fairuz Loy, manakala terbitan Country & Universal Sdn Bhd. Teruja menjayakan drama Hadiah Dari Tuhan bersama Amy Mastura, Riena Diana dan Sophia Barakbah, Izreen berkata, dia tidak menafikan mengambil masa untuk menjiwai watak berikutan sudah lama tidak berlakon. "Sa

Tak Mempan godaan gadis cantik

Gambar
Syazuwan Hassan Digoda dengan gadis cantik dan seksi tidak sesekali membuatkan pelakon, Syazuwan Hassan, 30, terjerumus ke lembah hina dan maksiat. Hakikatnya, dunia selebriti begitu mudah membawa seseorang selebriti berdepan dengan pelbagai godaan. Syazuwan berkata, dia tidak mahu tewas dengan ujian godaan yang mampu memberi kesan negatif pada kerjaya dan kehidupan peribadinya. Katanya, dia berpegang kuat pada prinsip untuk sentiasa menjaga nama baik dan keluarga supaya tidak terpengaruh dengan godaan yang melalaikan. "Tidak menafikan, saya sering mendapat mesej nakal dalam sosial media. Saya memang tak layan langsung kerana kebanyakan mesej yang saya dapat, pelik. "Contohnya, ada wanita yang mengajak saya berjumpa. Saya bertanya berjumpa atas dasar kerja atau apa. Dia kata tidak, sebaliknya ada permintaan mahu mengajak melakukan perkara tidak senonoh. "Saya tak kisah jika daripada akaun palsu. Ini kerana ramai yang wujudkan akaun palsu untuk mengacau, tetapi saya dapat

Duit KWSP kerja kilang habis dikorek - Amelina

Gambar
Amelina Penyanyi, Amelina merindui menyanyi dan menghiburkan peminat atas pentas. Amelina berkata, dia percaya golongan anak seni turut merasakan perkara yang sama. "Menghiburkan penonton sudah menjadi satu tanggungjawab. Jujurnya, saya sedih tak dapat berbuat demikian. Saya rindu nak dengar peminat sebut dan sorak nama apabila tampil atas pentas. "Sebenarnya, di situlah kepuasan saya sebagai penyanyi apabila melihat peminat gembira. Ramai orang beranggapan penyanyi sentiasa gembira, tetapi mereka tak tahu apa yang terjadi di sebalik tirai pentas. "Ketika bersedih pun terpaksa menghiburkan orang. Jadi, apabila kurang menghiburkan peminat, rasa rindu mula terbit di hati," katanya kepada. Bagaimanapun, Amelina berkata, dia reda dan pasrah dengan situasi COVID-19. Kini, dia cuba mencari platform lain untuk menghiburkan peminat. "Kita kena cerdik dalam keadaan ini, mencari platform berbeza dan pada masa yang sama, cari rezeki dengan inisiatif lain. "Saya tidak

Danial suka nyanyi lagu perempuan

Gambar
Ihsan Danial Chuer Cenderung mendendangkan lagu penyanyi wanita dalam program realiti, Vokal Mania membuatkan bakat baharu, Danial Chuer, 19, mendapat perhatian ramai. Keserasian lagu penyanyi wanita hingga ada yang menyangka vokalnya perempuan jika hanya mendengar audio, membezakan Danial dengan 'rookie' lain dalam program terbitan TV3 itu. Namun, bagi Danial atau nama penuhnya, Danial Chuer Hamasiah @ Samsudin, muzik dan lagu tidak mempunyai gender. "Saya anggap lagu tiada gender. Semuanya berbalik kepada penerimaan orang "Memang tidak dinafikan sejak kecil, saya sudah dibiasakan dengan teknik nyanyian atau gaya penyampaian lagu wanita. "Saya barangkali terbawa-bawa dengan cara itu. Cuma pada usia sekarang, saya tidak boleh terlalu selesa menyanyi cara wanita... Saya takut jadi kebiasaan pula," katanya kepada BH Online. Namun, Danial terbuka dengan kritikan membina. "Saya perlu bawa pembaharuan dalam nyanyian. Saya fikir tiada masalah mendendangkan la

Bapa pelakon suara Upin & Ipin meninggal dunia

Gambar
Azhar Ahmad Ayah kepada pelakon suara Upin & Ipin, Asyiela Putri, Allahyarham Azhar Ahmad menghembuskan nafas terakhir akibat pelbagai komplikasi penyakit, jam 4 pagi tadi. Pengarah Urusan Les' Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi berkata, Azhar sudah dikebumikan di Tanah Perkuburan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, pagi ini. "Sekitar minggu lalu, arwah ada berkongsi mahu ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana rasa kurang sihat, bagaimanapun arwah ditahan dalam wad. Pada Sabtu lalu, saya ada menghantar mesej, arwah mengatakan sedang menjalani pemeriksaan Magnetic Resonance Imaging (MRI). "Kemudiannya, saya diberitahu, arwah rebah atas kerusi roda dan separuh badannya tidak boleh bergerak dan berada dalam keadaan koma.                      "Keesokannya, arwah sedar tetapi sudah tidak mengenali orang. Semalam, saya diberitahu oleh isterinya, doktor mengatakan arwah disahkan menghidap kanser hati. Namun, hari ini, saya menerima berita arwah suda

Wajah anak Fazura, Fattah viral

Gambar
 Fattah Amin Rutin kehidupan aktres popular, Nur Fazura berubah 360 darjah selepas menimang cahaya mata pertama, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober lalu. Tiada kata-kata dapat menggambarkan kebahagiaan kehidupannya. Hanya rasa syukur yang mampu dipanjatkan atas segala kurniaan dan rezeki dilimpahkan kepadanya selama ini. Memiliki suami penyayang, kerjaya seni dan perniagaan yang stabil, selain dikurniakan cahaya mata perempuan yang comel sebagai pelengkap bahtera rumah tangga cukup membuatkan kehidupan Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-27 itu sempurna. Jika sebelum ini masanya banyak dihabiskan dengan kerjaya lakonan ataupun bisnes yang diusahakan, kini selepas bergelar ibu, kehidupan pelakon filem Dendam Pontianak ini berubah serta-merta. Berkongsi detik itu bersama BH Online, Fazura mengakui, seronok dengan gelaran baru digalasnya itu. "Tidak dinafikan, pengalaman kali pertama menjadi ibu sangat mencabar. Ini kerana banyak perkara yang saya belum tahu terutama apabila anak

Intan, Harris nikah 6 Februari

Gambar
Harris Alif dan Intan Ladyana Pasangan selebriti, Harris Alif, 21, dan kekasihnya, Intan Ladyana, 38 memilih tarikh 6 Februari depan untuk disatukan dalam ikatan suami isteri selepas hampir setahun menjalinkan hubungan cinta. Pengumuman dibuat pasangan berkenaan pada sidang media virtual, di sini, sebentar tadi. Mengulas keistimewaan tarikh itu, Harris berkata, ia dipilih kerana ada kaitan dengan detik perkenalan mereka. "Awalnya, saya dan Intan memilih tarikh 6 Mac kerana ia adalah sambutan ulang tahun pertama perkenalan kami. "Bagaimanapun, tarikh berkenaan tiada kekosongan lokasi, jadi kami mengambil keputusan mempercepatkan sebulan lebih awal. "Kami akan mengadakan empat majlis iaitu malam berinai, akad nikah, resepsi dan majlis bertandang,". Mengenai persiapan hari bahagia, Intan berkata, persediaan sudah mula dibuat selepas majlis merisik berlangsung pada Julai, tahun lalu. "Persiapan sudah pun dibuat sebanyak 95 peratus selepas majlis merisik. Cuma, apa

Nyanyian Firdhaus dapat 170 juta tontonan di China

Gambar
Firdhaus Farmizi Kebolehan dan bakat magis dimiliki penyanyi baharu, Firdhaus Farmizi yang kini 'trending' di negara Tembok Besar membuktikan anak seni boleh melakar kejayaan tanpa mengira bangsa dan agama. Tentunya kejayaan dicipta anak kelahiran Kulai, Johor, itu membawa perubahan baharu dalam industri hiburan tanah air. Firdhaus menjadi anak Melayu pertama mencipta sejarah apabila single nyanyian dan ciptaannya berjudul Gulf of Alaska tular menerusi aplikasi TikTok China, Douyin, dengan meraih 170 juta tontonan. Tidak hanya itu, salah satu lirik video dimuat naik dalam YouTube mencapai 1.5 juta tontonan. Selain itu, kebolehan Firdhaus fasih bertutur dan menulis dalam bahasa Mandarin dengan baik menjadi kelebihan buatnya melakar nama di China. Komposer, Ezra Kong, memuji kebolehan Firdhaus menyanyi dan menghasilkan lagu dalam bahasa Mandarin. Ezra berkata, awalnya, dia hanya menyangka Firdhaus menyanyikan single berjudul Gulf Of Alaska, namun terkejut apabila pemuda berusia 2