Hadiah Dari Tuhan buka laluan Izreen aktif semula

Izreen Azminda

Pelakon, Izreen Azminda, 35, kembali aktif berlakon selepas menerima tawaran membintangi drama, Hadiah Dari Tuhan.

Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Mohd Aznam berkata, drama Hadiah Dari Tuhan umpama laluan untuknya aktif semula, tahun ini.

"Syukur, saya mendapat rezeki berlakon dalam drama Hadiah Dari Tuhan sejak penghujung tahun lalu. Saya akui, banyak tawaran mula masuk sejak itu.

"Insya-Allah, drama ini bukan yang terakhir, kerana selagi orang nak saya berlakon, saya akan terus berlakon

Izreen yang pernah popular menerusi drama Kerana Terpaksa Aku Relakan itu ditemubual menerusi sidang media drama Hadiah Dari Tuhan secara virtual, petang ini. Drama 13 episod itu diarahkan oleh Fairuz Loy, manakala terbitan Country & Universal Sdn Bhd.

Teruja menjayakan drama Hadiah Dari Tuhan bersama Amy Mastura, Riena Diana dan Sophia Barakbah, Izreen berkata, dia tidak menafikan mengambil masa untuk menjiwai watak berikutan sudah lama tidak berlakon.

"Saya ambil masa juga mempersiapkan diri saya selepas sekian lama tidak berlakon. Seperti nak membaca dan menghafal dialog, saya nak ambil 'mood' terlebih dahulu sebelum mendapatkan momentum ini. Namun, Alhamdulillah,

semuanya baik-baik sahaja.

"Saya terima tawaran ini juga disebabkan ia bukanlah drama biasa. Ia mengenai situasi melanda satu dunia sekarang ini. Ia berbeza daripada apa yang selalu kita lakukan," katanya.

Ekoran itu, Izreen yang kini menjalankan perniagaan kuih apam, Sugar Butter Milk, berharap orang ramai menyambut baik lakonannya itu.

Bersesuaian dengan situasi semasa, TV3 menerusi slot Lestary membawa drama ​Hadiah Dari Tuhan yang memaparkan kehidupan masyarakat yang terkesan dan berdepan kesengsaraan. Ia dihadapi oleh tiga keluarga yang mempunyai latar belakang berbeza.

Drama Hadiah Dari Tuhan turut dibintangi Syafi Tee, Puteri Rafasya, Fezrul Khan, Zazly Baginda, Dynas Mokhtar, Zaefrul Nordin, Fathil Dani, Fauziah Nawi, Ku Faridah, Zazly Baginda, Ummar Dzariff dan Aryana Amani.

Tahun kedua bakal meraikan lebaran yang akan kunjung tiba dengan status ibu tunggal atau lebih tepat tanpa insan bernama suami tidak langsung membuatkan pelakon dan pengacara Izreen Azminda bermuram durja serta meratapi nasib yang sudah tertulis.

Malah ibu tunggal berhati waja dan kental ini dilihat semakin bahagia melayari bahtera kehidupan.

Malah pertemuan dengan ibu kepada Adrian Umar Sabtu lalu di majlis berbuka puasa anjurannya bersama meraikan Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur dan kelab peminat, Izreen Azminda FC di Hotel Silka, Cheras, pengacara Mahligai Cinta di TV3 itu jelas begitu ceria.

Seolah-olah beliau tidak pernah langsung ditimpa duka dan kesedihan gara-gara kisah peribadi yang bahagianya hanya seketika.

Kepada BH PLUS, Izreen berkongsi kamar hatinya.

"Perasaan sama sahaja seperti tahun lalu dan saya reda dengan takdir yang bahagia itu belum menjadi milik mutlak lagi. Saya tidak mahu terus mengenang memori lalu. Biarlah ia tersimpan rapi dalam lipatan sejarah.

"Cukup saya cakap kini diri ini sangat bahagia dan gembira. Saya ada anak dan keluarga di belakang. Malah kini selain anak, ibu dan adik saya juga tinggal sekali di rumah.

"Alhamdulillah rezeki saya juga bertambah dan murah. Rezeki anak juga. Ikutkan tak ada sebab tertentu pun kenapa orang lihat saya semakin bahagia. Mungkin juga kerjaya saya berjalan dengan lancar tahun ini. Saya memang sangat bahagia... sangat bahagia. Kehidupan saya kini sangat positif sekalipun ada isu negatif dan perkara yang tak enak singgah dalam diri," katanya

Benar pertemuan dengannya tempoh hari menimbulkan tanda tanya apakah ia didorong dengan diri beliau yang sedang melayari fasa percintaan dengan seseorang. Gembiranya memang lain macam namun Izreen menafikan ia ada kaitan dengan kamar hatinya yang sudah terisi selepas beberapa siri kekecewaan melanda.

"Oh tidak...tak benar sama sekali kalau ada yang menyifatkan kebahagiaan dan kegembiraan maksimum ini kerana kehadiran seorang lelaki. Tapi saya boleh tegaskan kerana tidak ada lelakilah kehidupan saya cukup indah kini. Tapi itu tak bererti saya sudah berputus asa untuk mengenali insan bernama kekasih yang boleh dijadikan bakal suami.

"Memang saya tak pernah putus asa dengan dugaan dan ujian yang bertandang. Apa yang dilalui mengajar saya jadi lebih matang. Cuma saat ini, saya belum jumpa mana-mana lelaki yang sesuai.

"Saya sekarang selesa bekerja keras. Saya nak cari duit untuk anak dan sara keluarga. Tapi kalau sekalipun hadir insan bernama kekasih dalam masa terdekat, saya anggap ia bonus," katanya.

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Skrin (ASK) 2013 itu kini selesa mengalih perhatiannya terhadap kerjaya lakonan dan pengacaraan. Duta kempen Syukur Selalu di TV3 dan TV9 itu memanjat kesyukuran kerana tawaran berlakon termasuk komitmennya sebagai pengacara Mahligai Cinta terus mengukuhkan portfolio seninya.

Drama Eksprimen Cinta terbitan Zeel Production di TV3 bergandingan dengan Fahrin Ahmad juga sedang rancak disiarkan ketika ini. Pendek kata banyak juga tawaran dan wajahnya ke udara di TV3.

"Tak timbul cerita saya asyik muncul di TV3 sahaja. Mungkin juga semua terjadi secara kebetulan. Tapi saya anggap ini rezeki. Apa pun terima kasih kepada TV3 dan TV9 atas tawaran yang diberikan.

"Namun pada masa yang sama, saya juga ada berlakon dengan stesen TV lain. Raya ini juga ada tiga buah telefilem raya akan bersiaran di TV3 iaitu Jodohke Uols, Bukan Wanita Sempurna dan Homestay Raya selain Laki Aku Drakula di TV9," katanya.

Tahun ini, Izreen memberitahu dia hanya cuti seminggu untuk pulang beraya di Jitra, Kedah.

"Tahun ini rumah terbuka memang tak dirancang untuk diadakan di Kedah. Insya-Allah akan diadakan di KL. Rumah terbuka itu diraikan serentak dengan hari lahir anak saya yang akan menyambut ulang tahun ke-2 tahun pada 13 Julai lalu dengan majlis akikah. Tapi ia akan diadakan lepas raya nanti. Saya dan bekas suami yang anjurkan majlis ini.

"Malahan saya dengan bekas suami juga tak ada masalah atau berdendam. Kami gembira dan tak bermusuh. Masing-masing mempunyai tanggung jawab kepada anak dan ini cara kami membuktikan perceraian bukan isu untuk tidak menghargai anak kami," katanya.

Mengenai majlis berbuka puasa yang diadakan itu, Izreen memberitahu asalnya dia mahu mengadakan secara kecil-kecilan. Ia turut dianjurkan bersempena ulang tahun pertama kelab peminat beliau.

"Tapi Alhamdulillah ada pihak yang berbesar hati untuk menaja termasuklah pihak Hotel Silka, kopi Kapal Api dan khidmat jurugambar Dmuslim Photostudio Official. Malah saya juga dipilih untuk mempromosikan hotel berkenaan termasuk pakej bufet Ramadan dan pakej penginapan yang disediakan," katanya.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Baclink Negeri Indah Satu

Danial suka nyanyi lagu perempuan

Tak Mempan godaan gadis cantik