Nad Zainal elak karya seram

Nad Zainal

Biarpun gemar menonton cerita hantu, pelakon, Nad Zainal, seboleh-bolehnya cuba mengelak daripada menerima tawaran membintangi karya bercorak seram.

Begitupun, Nad atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin, 28, berkata dia mungkin menimbangkan tawaran sedemikian andai membantu perkembangan kerjaya seninya.

Kata Pelakon Wanita Terbaik Drama, Anugerah Skrin 2018 itu, dia turut menitikberatkan statusnya sebagai isteri dan ibu bagi memastikan projek lakonan yang diterima tidak memberikan impak negatif terhadap keluarga.

“Saya gemar menonton filem hantu, namun tidak berani untuk berlakon dalam naskhah bercorak seram. Alhamdulillah, sehingga kini saya belum berdepan sebarang pengalaman menakutkan. Cuma, saya pernah mendengar pengalaman orang lain ketika penggambaran filem, Kami Histeria, beberapa tahun lalu.

“Kalau boleh, memang saya cuba elakkan diri daripada naskhah sebegitu kerana mempunyai anak kecil. Saya tidak mahu sebarang anasir negatif mengganggu kami.

“Apa pun, apabila menerima tawaran drama atau filem sebegitu, saya harus bertawakal supaya ia tidak memberikan kesan kepada anak,” katanya kepada.

Menurut Nad, berlakon filem seram turut memakan masa agak panjang kerana lazimnya, penggambarannya dilakukan pada sebelah malam.

“Jika boleh, saya cuba mengurangkan pembabitan dalam projek sedemikian bagi meluangkan masa bersama anak di rumah. Bagaimanapun, kadang kala ia tidak dapat dielakkan, apatah lagi saya enggan terikat dengan watak sama sahaja,” katanya.

Nad mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amirudin, 29, pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Fahad Ibrahim, yang kini berusia dua tahun.

Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya, Nad baru sahaja selesai menjalani penggambaran dua telefilem, masing-masing berjudul Terima Kasih Ibu dan Sehelai Selendang Putih untuk TV3.

Dia juga bakal memulakan penggambaran siri mini, Geng Mak-Mak, yang turut menampilkan Sazzy Falak dan Fatin Afeefa.

Kepayahan ketika membesar termasuk ke sana-sini membonceng motosikal ditunggang ayah, membuatkan Nad Zainal tidak pernah lena diulit populariti.

Nad atau nama penuhnya, Farah Nadia Zainal Abidin tidak pernah lupa kehidupan masa lampau di mana keluarga hanya bergantung kepada motosikal ayah untuk ke mana-mana.

“Setiap kali membonceng motosikal, pasti saya teringat kenangan ketika kecil dulu. Ketika itu, kami hanya bergantung kepada sebuah motosikal.

“Dari zaman bersekolah, saya diambil dari rumah nenek dengan motosikal papa. Pergi sekolah juga dihantar dengan motosikal sama,”

Nad teringat kenangan di mana dia bersama ibu membonceng motosikal yang ditunggang ayah untuk pergi ke Genting Highlands.

“Ketika itu, kami tiga beranak beberapa kali terkandas kerana tayar pancit. Maklumlah, motosikal itu terpaksa menanggung beban tiga orang.

“Kadang-kala, kenangan lalu membuatkan kita lebih menghargai apa yang dimiliki sekarang. Ia adalah sesuatu yang bermakna dan tidak dapat ditukar ganti,” katanya yang meraih Pelakon Wanita Terbaik Drama pada Anugerah Skrin (ASK) 2018.

Menyedari kesalahan dilakukan apabila motosikal dibonceng dua orang, Nad berkata, ibu bapanya bukanlah mahu membahayakan nyawa, sebaliknya, ketika itu, mereka berdepan kekangan kewangan untuk menaiki kenderaan lain.

“Saya teringat pada usia sembilan tahun, saya terima 'hadiah' istimewa daripada motosikal jenis Yamaha RXZ papa. Akibat salah langkah turun, kaki saya terkena ekzos dan parut itu kekal.

“Paling saya tak lupa adalah bagaimana risaunya papa yang segera menyapu ubat gigi agar kesan lecur reda,” katanya.

Menurut pelakon drama Fatonah Azali itu, setiap kali dia membonceng motosikal, kenangan itu pasti muncul.

Bercerita mengenai perkembangan kerjaya, Nad bakal memulakan penggambaran siri mini, Geng Mak-Mak yang turut menampilkan Sazzy Falak, Elvina Mohamad dan Fatin Afeefa.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Baclink Negeri Indah Satu

Danial suka nyanyi lagu perempuan

Tak Mempan godaan gadis cantik